Selasa, 15 Disember 2009

MAJU BANGSA MAJULAH BAHASA

Tajuk yang dikemukakan ini adalah merupakan tajuk yang telah lama diperkatakan. Mungkin sejak mula-mula negara mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat selepas kemerdekaan tanah air kita. Pelbagai istilah telah dicipta dan digunakan. Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa ilmu. Kemuncak dari kepesatan itu, ditubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). UKM dapat menyampaikan semua ilmu dalam Bahasa Melayu dari peringkat sarjana muda hinggalah ke peringkat Phd.

Perkembangan BM mula menampakkan pengucupan apabila dasar PPSMI dilaksanakan. Satu dasar yang sangat mengejutkan ahli bahasa. Bantahan telah dibuat. Walaubagaimanapun dasar itu tetap dilaksanakan. Usaha-usaha DBP selama ini seolah-olah sia-sia sahaja.

Apabila dasar itu hendak dimansuhkan. Ahli bahasa nampak berseri semula. Terasa lambatnya menanti dasar PPSMI hendak dihapuskan terus. Dengar khabarnya pada th. 2012. Itupun tidak menyeluruh. Th 2012 baru pelajar-pelajar th satu mula menggunakan BM sebagai bahasa ilmu. Murid-murid lain tetap mengikut dasar PPSMI. Adalah menjadi harapan kita agar dasar MBMMBI dilaksanakan dengan segera. Jika boleh 2010 perlu dijalankan. Sebarang halangan kita sama-sama selesaikan.

Penghapusan dasar PPSMI ini sangat penting kerana, kemajuan bahasa bergantung pada kemajuan bangsa. Bangsa Melayu perlu maju dengan menggunakan bahasa sendiri. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa Ilmu, lingua franca dan bahasa Melayu juga adalah merupakan bahasa yang digunakan dalam persidangan PBB. Cuma pemimpin negara kita je tak berapa nak guna Bahasa sendiri semasa persidangan di PBB. Tak semua pemimpin dunia juga menghadiri persidangan PBB faham bahasa Inggeris. Kita gunalah bahasa sendiri.

Kalau bukan kita, siapa yang akan memartabatkan bahasa kita?
BAHASA JIWA BANGSA.

Tiada ulasan: