Rabu, 17 Disember 2008

Khamis, 11 Disember 2008

PANTUN

Pantun ini pernah diucapkan oleh arwah Dato' Hj. Razali bin Ismail;

Lama sudah menanam padi,
Nenas juga dipandang orang,
Lama sudah ku tabur budi,
Emas juga dipandang orang.

Rabu, 10 Disember 2008

BUKIT ANTARABANGSA

Salam.
  1. Apa yang ditakdirkan berlaku, telah berlaku.
  2. Syabas dan terima kasih kepada semua petugas yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu mangsa.
  3. Takziah kepada penghuni yang terlibat.
  4. Tabung bantuan telahpun dilancarkan. Sama-samalah membantu.
  5. KEPADA PIHAK PROFESIONAL, JANGAN LUPA TENTANG KESAN PSIKOLOGI AKIBAT DARI KECELAKAAN YANG DIALAMI.
  6. Mangsa sudah tentu mengalami trauma tragedi. Untuk mengatasi masalah trauma tragedi ini perlu diadakan trapi trauma tragidi. Kesan psikologi ini akan dihadapi secara berlarutan jika tidak ditanggani dengan betul.
  7. Pihak Jabatan Pelajaran Negeri / Sekolah perlu mengenalpasti murid-murid yang terlibat dengan tragedi ini. Murid-murid ini perlu diberi trapi pasca tragedi oleh pakar-pakar dalam bidang trauma. Kaunselor boleh memainkan peranan ini. Tindakan segera diperlukan untuk menangani masalah ini.
  8. Pihak Hospital ada kepakaran dalam menangani trauma ini.
  9. JPA juga ada kepakaran dalam hal ini.
  10. Pihak berkuasa agama juga perlu memainkan peranan untuk menangani tragedi ini, PEMANTAPAN AKIDAH sangat diperlukan agar mangsa tidak menyalahkan diri sendiri dan juga orang lain dalam tragedi yang dialami.
  11. Pihak UNIVERSITI perlu memainkan peranan untuk membantu mangsa dan juga penghuni di sekitar Bukit Antarabangsa dalam menghadapi trauma tragedi ini. Pihak Universiti tentunya ada kepakaran dalam hal ini.
  12. Berilah bantuan, walaupun tidak diminta berbuat demikian.

PARLIMEN KUALA TERENGGANU

PERINGATAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT:
  1. JANGAN terlalu selesa dengan laporan media arus perdana.
  2. Semua media arus perdana melaporkan tentang kemenangan yang mudah, WALAUBAGAIMANAPUN jangan ambil mudah.
  3. Semua pemimpin Negeri dan Pusat akan melaporkan dan menyatakan tentang keyakinan untuk mencapai kemenangan, WALAUBAGAIMANAPUN jangan terlalu yakin sehingga lupa untuk terus berkerja keras.
  4. Tempuan hendaklah diberikan kepada sasaran sebenar, iaitu pengundi. Kenal pasti pengundi berdasarkan daftar pemilih.
  5. Pengundi Parlimen Kuala Terengganu agak unik. Jangan lupa sejarah Kerusi ini. Kerusi ini pernah diduduki oleh Parti Perikatan, Parti Semangat 46, Parti PAS.
  6. Elakkan pemberian / rasuah politik.
  7. Elakkan persengketaan sesama sendiri.
  8. Kerja Keras. Insya Allah berjaya.

Isnin, 8 Disember 2008

PARLIMEN KUALA TERENGGANU

UMNO Terengganu mencari permata yang hilang. Pemergian Allahyarham Dato' Hj. Razali bin Ismail, Ahli Parlimen Kuala Terengganu sukar dicari ganti. Renungkanlah:

  1. Empat DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu, Bandar, Wakaf Mempelam, Batu Buruk dan Ladang. Tiga milik PAS dan Satu milik MCA.
  2. Tiada milik UMNO.
  3. Kemenangan Allahyarham Dato' Hj. Razali lebih merupakan kemenangan Peribadi beliau. Jika calon lain, belum tentu UMNO dapat menguasai Kerusi Kuala Terengganu.
  4. Faktor CIKGU sangat membantu kemenangan Dato' Hj. Razali.
  5. Kesan dari pemilihan dalam UMNO masih terasa.
  6. Rasuah politik dalam UMNO perlu ditanggani dengan bijak. Jika mahu menang.
  7. Calon tajaan dapat membantu UMNO untuk menang.
  8. Calon profesional dapat membantu kedua-dua pihak memenangi hati pengundi.
  9. BERSATUlah untuk kemenangan.
  10. Kekalahan KITA kerana kita LEMAH, BUKAN pihak lawan kuat.

Jumaat, 28 November 2008

ALFATIHAH


DATO' HJ. RAZALI BIN ISMAIL, Timbalan Menteri Pelajara Malaysia. Pemergian beliau satu kehilangan yang sangat besar kepada negara. Ahli politik yang bersih dan disenangi oleh semua termasuk dari parti lain. Menguasai bidang yang diceburi. Dengan iringi doa agar beliau dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan Hamba Allah yang beriman dan bertakwa. ALFATIHAH. Dari Allah dia datang, kepada Allah juga kita akan pergi.

Rabu, 19 November 2008

FOTOGRAFI

KAMERA



Kamera pertama. Berat 1,400 pound. 500 pound kepingan kanta. Diangkat oleh 15 orang. Bahan kimia 10 galon.










Twin Lens Refleks (TLR)





COMPACT










SLR

Jumaat, 14 November 2008

UPSR 2008: TERENGGANU TERUS CEMERLANG



Tahniah Kepada Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan seluruh warga pendidik Negeri Terengganu.

TERIMA KASIH CIKGU.

Kuala Terengganu: Murid-murid negeri Terengganu terus menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam keputusan UPSR 2008. Seramai 3,408 orang murid daripada 24,139 orang murid mendapat keputusan SEMUA A (5A) atau 14.4%. Walaupun peratusan menurun berbanding dengan tahun yang lalu, Terengganu masih terunggul dalam pencapaian 5A. Keputusan ini boleh dikatakan sangat membanggakan.

Murid-murid UPSR tahun ini adalah merupakan generasi pertama yang mengikuti Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan pada tahun 2003. Kejayaan ini mengambarkan bahawa anak-anak Terengganu BOLEH.

Seorang murid istimewa, Muhammad Danial Zainuddin, 13 dari SK Padang Hiliran, Kuala Terengganu telah memperolehi keputusan cemerlang 5A.

Khamis, 13 November 2008

BICARA BUKU

Halaman BICARA BUKU telah dihasilkan semasa bertugas di MP Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Buku-buku yang dibicarakan dalam halaman ini ialah:
  • Komunukasi Berkesan
  • Nostagia Padang
  • Pujangga Melayu
  • Hujan Pagi
  • Panduan Latihan Mengajar
  • Sintaksis Dialek Kelantan
  • Binaan Makna
  • Undang-undang Jenayah Islam.

Tiada penambahan lagi dalam halaman itu, kerana cubaan untuk melepasi Kata Laluan telah gagal.

www.angelfire.com/id/ahmadawang/index.html

e-Book


Menteri Besar Terengganu mengumumkan murid-murid Tahun 5 di Negeri Terengganu pada tahun 2009 akan dibekalkan dengan e-Book. Seramai 25,000 orang murid akan dibekalkan dengan e-Book. Projek ini adalah dengan usaha sama Dewan Bahasa dan Pustaka dan intel.
Pada tahun berikutnya negeri Terengganu akan mengeluarkan e-Book sendiri dengan terdirinya sebuah kilang di Gong Badak.
Terima kasih kerjaaan Negeri Terengganu.

Selasa, 11 November 2008

RAYA 2008


Solat Aidil Fitri di Masjid Kristal, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

Kategori Ponteng

  1. Menarik diri daripada sekolah.
  2. Enggan bersekolah
  3. Tidak hadir secara memilih

Faktor Ponteng

  1. Diri Pelajar
  2. Ibu bapa dan keluarga
  3. Sekolah
  4. Masalah jenayah dan sosial
  5. Rakan sebaya dan persekitaran
  6. Masalah kesihatan

TAHNIAH

UCAPAN SETINGGI TAHNIAH KEPADA SMK BELARA KERANA MENERIMA ANUGERAH PENGURUSAN DISIPLIN TERBAIK 2008.

AUDIT DISIPLIN

TINDAKAN-TINDAKAN DALAM AUDIT DISIPLIN

  1. Kewujudan dan pemahaman kandungan buku-buku panduan disiplin, surat-surat pekeliling ikhtisas dan rujukan-rujukan lain berkaitan disiplin murid.
  2. Nama guru-guru dan organisasi sekolah yang terlibat dengan urusan disiplin murid.
  3. Status semasa disiplin dalam bentuk data-data dan maklumat salah laku murid.
  4. Jenis-jenis program pemantauan dan peningkatan disiplin semasa sekolah.

KONSEP DISIPLIN

Kamus Dewan (2005) mentakrifkan disiplin, 'sebagai latihan pemikiran dan kelakuan supaya dapat mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib, peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik, kepatuhan kepata peraturan yang ditetapkan, dan hukuman atau denda kerana melanggar sesuatu peraturan yang ditetapkan.'

Laporan Jawatankuasa kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), mendefinasikan disiplin sebagai:
  • Kesanggupana seseorang menghormati dan mematuhi undang-undang.
  • Kesanggupana bekerja atau memberi sesuatu dengan cukut tertib
  • Kesanggupan menghormati hak individu lain dan tidak menganggu kepentingan orang lain
  • Mengamalkan tingkah laku yang baik.
  • Mengamalkan semangat tolong menolong
  • Membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha-usaha yang membina dan
  • Sanggup berkhidmat kepada masyarakat.