Setelah bersidang dua bulan, selepas PM membentangkan Badjet 2010, maka sampailah masanya untuk Bajet 2010 diluluskan untuk bacaan kali ketiga. Bacaan kali kedua telah dibentangkan sendiri oleh Menteri Kewangan yang juga PM dengan panjang lebar. Perbahasan dan perbincangan serta penjelasan dan pengulungan telah dilakukan.
BN agak bernasib baik (nak katakan bernasib malangpun boleh juga) kerana telah berjaya meluluskan Bajet 2010 dengan undian 66:63. BN menang TIGA undi dalam meluluskan perkara yang paling penting yang ahli parlimen mesti selesaikan. Bolehlah nak ucapkan Tahniah, tapi TAKZIAH lebih tepat.
Untuk catatan ahli parlimen BN 137 org. PR 82 org dan 3 bebas.
Ini bermakna tak sampai 50% ahli parlimen BN menghadiri sidang ketika undian dijalankan. PM telah berulang kali menasihatkan wakil rakyat BN agar sentiasa menghadiri sidang. Kemana perginya Timbalan Menteri / menteri / wakil rakyat yang lain? Jgn hendaknya kita salahkan pembangkang kerana tidak menyokong bajet tersebut.
Apakah implikasi jika Bajet tidak diluluskan. Duit negara tak dapat dibelanjakan. Pembangunan yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Gaji kakitangan awam juga tak dapat dibayar. Elaun wakil rakyat juga tak dapat dijelaskan.
Berdasarkan konvensyen negara berparlimen, sekiranya bajet tidak dapat diluluskan, kerajaan terpaksa dibubarkan dan satu pilihanraya umum perlu diadakan.
Adalah diharapkan peristwa ini menjadi pengajaran kepada semua ahli parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan