Selasa, 29 Disember 2009

TINGKAT PERUBAHAN

GURU

Mudarris.
Mu’allim
Muaddib
Murabbi
Mursyid


TINGKAT NAFSU
Ammarah
—Lawwamah
—Mulhamah
—Mutmainnah
—Radhiah
—Mardhiah
—Kamilah


LAPISAN SYURGA
Syurga Firdaus
—Syurga ‘Adnin
—Syurga Na’im
—Syurga Ma’wa
—Syurga Darussalam
—Syurga Darul Muqamah
—Syurga Al-Maqamul Amin
—Syurga Khuldi


MAQAM KEMULIAAN

— Maqam Mahmud
—Maqam Karim
—Maqam Amin
—Maqam Al-Muqarrabun
—Maqam Mukramun
—Maqam Mardhiah
—Maqam Aulia Allah

Khamis, 17 Disember 2009

BAJET 2010: SATU PENGAJARAN

Setelah bersidang dua bulan, selepas PM membentangkan Badjet 2010, maka sampailah masanya untuk Bajet 2010 diluluskan untuk bacaan kali ketiga. Bacaan kali kedua telah dibentangkan sendiri oleh Menteri Kewangan yang juga PM dengan panjang lebar. Perbahasan dan perbincangan serta penjelasan dan pengulungan telah dilakukan.

BN agak bernasib baik (nak katakan bernasib malangpun boleh juga) kerana telah berjaya meluluskan Bajet 2010 dengan undian 66:63. BN menang TIGA undi dalam meluluskan perkara yang paling penting yang ahli parlimen mesti selesaikan. Bolehlah nak ucapkan Tahniah, tapi TAKZIAH lebih tepat.

Untuk catatan ahli parlimen BN 137 org. PR 82 org dan 3 bebas.

Ini bermakna tak sampai 50% ahli parlimen BN menghadiri sidang ketika undian dijalankan. PM telah berulang kali menasihatkan wakil rakyat BN agar sentiasa menghadiri sidang. Kemana perginya Timbalan Menteri / menteri / wakil rakyat yang lain? Jgn hendaknya kita salahkan pembangkang kerana tidak menyokong bajet tersebut.

Apakah implikasi jika Bajet tidak diluluskan. Duit negara tak dapat dibelanjakan. Pembangunan yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Gaji kakitangan awam juga tak dapat dibayar. Elaun wakil rakyat juga tak dapat dijelaskan.

Berdasarkan konvensyen negara berparlimen, sekiranya bajet tidak dapat diluluskan, kerajaan terpaksa dibubarkan dan satu pilihanraya umum perlu diadakan.

Adalah diharapkan peristwa ini menjadi pengajaran kepada semua ahli parlimen.

Selasa, 15 Disember 2009

MAJU BANGSA MAJULAH BAHASA

Tajuk yang dikemukakan ini adalah merupakan tajuk yang telah lama diperkatakan. Mungkin sejak mula-mula negara mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat selepas kemerdekaan tanah air kita. Pelbagai istilah telah dicipta dan digunakan. Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa ilmu. Kemuncak dari kepesatan itu, ditubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). UKM dapat menyampaikan semua ilmu dalam Bahasa Melayu dari peringkat sarjana muda hinggalah ke peringkat Phd.

Perkembangan BM mula menampakkan pengucupan apabila dasar PPSMI dilaksanakan. Satu dasar yang sangat mengejutkan ahli bahasa. Bantahan telah dibuat. Walaubagaimanapun dasar itu tetap dilaksanakan. Usaha-usaha DBP selama ini seolah-olah sia-sia sahaja.

Apabila dasar itu hendak dimansuhkan. Ahli bahasa nampak berseri semula. Terasa lambatnya menanti dasar PPSMI hendak dihapuskan terus. Dengar khabarnya pada th. 2012. Itupun tidak menyeluruh. Th 2012 baru pelajar-pelajar th satu mula menggunakan BM sebagai bahasa ilmu. Murid-murid lain tetap mengikut dasar PPSMI. Adalah menjadi harapan kita agar dasar MBMMBI dilaksanakan dengan segera. Jika boleh 2010 perlu dijalankan. Sebarang halangan kita sama-sama selesaikan.

Penghapusan dasar PPSMI ini sangat penting kerana, kemajuan bahasa bergantung pada kemajuan bangsa. Bangsa Melayu perlu maju dengan menggunakan bahasa sendiri. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa Ilmu, lingua franca dan bahasa Melayu juga adalah merupakan bahasa yang digunakan dalam persidangan PBB. Cuma pemimpin negara kita je tak berapa nak guna Bahasa sendiri semasa persidangan di PBB. Tak semua pemimpin dunia juga menghadiri persidangan PBB faham bahasa Inggeris. Kita gunalah bahasa sendiri.

Kalau bukan kita, siapa yang akan memartabatkan bahasa kita?
BAHASA JIWA BANGSA.

Isnin, 7 Disember 2009

ISU SEMASA POLITIK

Satu dua minggu kebelakangan ini kecuh tentang dua perkata utama; iaitu BTN dan Doa. Pada mulanya malas nak bagi komen, tapi nampaknya KITA selaku pemerintah takut kepada lawan. Sepatutnya pihak lawanlah yang patut takut kepada KITA. Ini adalah kesan daripada kedudukan KITA semakin goyah.

ISU BTN: Kenapa semua mesti melatah, dan cuba menafikan. Katalah yang sebenarnya; salah ke kita menganjurkan kursus untuk memartabatkan orang-orang Melayu? menyedarkan masyarakat Melayu yang tak tahu tentang politik Melayu? Menyederkan atau memberitahu seluruh rakyat tentang sejarah negara? Kenapa hanya dengan satu pandangan dari orang luar kita dah mula gelabah dan nak ubah semua?

Bukankah negara kita masih mengamalkan sistem yang 'perkauman'. Politik kita masih perkauman, UMNO untuk orang Melayu, MCA untuk Cina, MIC untuk India, DAP - China, Gerkan - dikuasai oleh Kaum Cina, PAS - Melayu dll. Sekolah kita pun ikut kaum. Kita ada Sek Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan India? Sekolah wawasan kita - gagal. Banyak juga Persatuan dan NGO berbentuk perkauman.

Perpaduan interkaum sangat perlu. Perpaduan di kalangan org Melayu sangat perlu. Perpaduan di kalangan org Cina sangat perlu. Perpaduan di kalangan org India, sangat perlu, Persengketaan sesama UMNO perlu dielakkan. Begitu juga perselisihan antara masy Cina dlm MCA. Begitu juga perpalahan di kalangan org India. Walaubagainapun kita masih boleh bersatu dan bersama antara kaum.

Peserta yang mengikuti prgm itu bukan sahaja org UMNO. org PAS dll pun perlu hadir. Malah rakyat lain, Cina, India dll perlu mengikut prgm itu. Beri maklumat jelas kepada semua rakyat, tak kira Melayu, Cina atau India atau Kadazan, Iban dll tentang KENEGARAAN DAN KEWARGANEGARAAN.

Dalam hal ini saya sangat setuju dengan pandangan Dr. Mahathir

ISU DOA:

Kenapa mesti takut dengan doa YAB MB Kelantan? Tok guru tu baru nak berdoa. Kita dah kalut. kalau dia betul-betul berdoa tak tahulah apa jadi dengan org2 yang takut ni.

Adakah kita sendiri tak boleh berdoa? Marilah sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan negara kita, termasuk kesejahteraan YAB MB Kelantan. Barulah aman negara kita.

Terima kasih.

Khamis, 19 November 2009

UPSR 2009: TAHNIAH WARGA PENDIDIKAN TERENGGANU

YAB Menteri Besar Terengganu.
Pengarah Pelajaran Terengganu

TAHNIAH KEPADA SELURUH WARGA PENDIDIKAN TERENGGANU DIATAS KEJAYAAN CEMERLANG DALAM UPSR 2009. Kejayaan yang ke-9 tahun berturut-turut. Tahniah khusus kepada Pengarah Pelajaran Terengganu, Tn. Hj. Ariffin bin Embong dan seluruh warga pelajaran Terengganu. Tahniah juga kepada semua guru, ibu bapa dan murid-murid yang bersungguh-sunggh untuk memastikan kejayaan yang cemerlang.

Tahniah juga kepada kepimpinan Kerajaan Negeri Terengganu yang banyak membantu untuk mencapai kecemerlangan ini. Tahniah kepada YAB Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad bin Said dan juga YB Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia.





Isnin, 5 Oktober 2009

Isnin, 31 Ogos 2009

Sabtu, 22 Ogos 2009

SEMINAR PENINGKATAN MODAL INSAN

YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) Zon Timur bersama SMK Belara, Kuala Terengganu telah menganjurkan Seminar Peningkatan Modal Insan bertemakan "Budaya Kerja Cemerlang". Program dilaksanakan pada 20-22 Ogos 2009, di SUMAI Suite Hotel, Kuala Terengganu.
Perasmian program telah sempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Ariffin bin Hj. Embong, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu pada 20 Ogos 2009, Jam 5.00 ptg.
Perasmian penutup dan penyampaian sijil di sampaikan oleh En. Mahadi bin Awang, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Zon Timur).

Pengisian Program:
  1. Majlis Perasmian / Ucap Utama : Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.
  2. Ceramah 1: "Satu Malaysia dan Ketuanan Melayu" disampaikan oleh; Kapten (B) Dr. Shamsuddin bin Moner, Pengurus Kanan YADIM.
  3. Ceramah 2: "Budaya Kerja Cemerlang", oleh: Yg. Bahagia En. A. Ghani bin Awang, Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Terengganu.
  4. Muzakarah 1: "Team Building", oleh En. A. Ghani bin Awang, Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Terengganu.

  5. Muzakarah 2: "Memugar Potensi Pelajar SMK Belara: 'tebeng, terok vs dok leh dok rok'" oleh: Ahmad bin Awang, Pen. Kanan HEM, SMK Belara, Kuala Terengganu.

  6. Ceramah 3: "Kecemerlangan Insan Guru: Misi dan Visi" oleh Yg. Bhg. Hj. Mohd Kharudin bin Datuk Hj. Zakaria, Pengarah OUM Terengganu.






Khamis, 13 Ogos 2009

HARI POTENSI PELAJAR DAN KEMPEN MAKAN BUAH-BUAH TEMPATAN


Pada 10 dan 11 Ogos 2009, di SMK Belara diadakan Hari Potensi Pelajar dan Kempen Makan Buah-buahan Tempatan. Program melibatkan warga SMK Belara, PIBG, masyarakat setempat, TADIKA KEMAS, syarikat swasta, agensi kerajaan dll. Buah-buahan disediakan oleh FAMA secara percuma. Meriah sangat. Rugi tak pergi.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Y.B. Hj. Mohd Nor bin Othman, Ahli Parlimen Hulu Terengganu.





Pasukan Berzanji / marhaban dari komuniti. Kelihatan wanita / kaum ibu / dan putri menyertai Pasukan Berzanji.










Rabu, 22 Julai 2009

SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE-16

Seminar diadakan pada 21 - 24 Julai 2009 di Auditoriam Dato' Razali Ismail, Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur.

TEMA: DISTRIBUTED LEADERSHIP

Tajuk Kertas Kerja:


  1. Kepimpinan Berdendam: Kejelasan vs Kesamaran
  2. Respective Approaches Promoting Distributive Leadership in School.
  3. Kajian Eksplorasi distributed Leadership di Malaysia.
  4. Kepimpinan Cemerlang. Segalanya bermula di sini.
  5. Pengaruh Kepimpinan Transformasi sekolah dan efiksi kolektif guru terhadap komitmen kualiti pengajaran.
  6. Guru Besar dan ciri-ciri keusahawanan.
  7. Amalan terbaik PrOD di SMK Seri Bentong.
  8. Kriteria Pemilihan Pemimpin Sekolah. Antara realiti dan retorik.
  9. Kepimpinan pengajaran dan perkongsian wawasan: Satu kajian kes di sekolah-sekolah kebangsaan di luar bandar.
  10. Pelaksanaan pengurusan kewangan sekolah bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTJ): Isu dan Cabaran.
  11. Kualiti Kepimpinan Pengetua sekolah-sekolah menengah kebagsaan zon selatan, Malaysia.
  12. Kecelaruan dalam kepimpinan Lembaga Pengelola Sekolah: Satu kajian dokumen dari perspektif perundangan.
  13. Pengurusan pertengahan: Peramal kepimpinan kerja berpasukan guru kanan mata pelajaran terhadap kepuasan kerja, keeratan, komitmen dan prestasi ketua panitia.
  14. Principalship-Does NPQH make a difference? A Personal experience and reflection.
  15. Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH). Sejauhmanakah keberkesanannya?

Selasa, 21 Julai 2009

Jumaat, 17 Julai 2009

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang































TAHNIAH kepada rakan-rakan yang mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008. Anugerah disempurnakan oleh YB Dato' Hj. Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Selasa, 30 Jun 2009

Ahad, 28 Jun 2009

STADIUM OH STADIUM







Apa-apapun
pun bumbung stadium tu mesti di buat baru. Tak kiralah apa sebab dan kenapa bumbung itu runtuh.

Terima kasih Cg. Hishamuddin bin Hj. Ali




HARI GURU DAERAH KUALA TERENGGANU



Pada 18 JUN 2009, Sambutan HARI GURU PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU. Sambutan di SMK Teknik Terengganu, Jalan Lapangan Terbang, Kuala Terengganu. YB Exco Pelajaran merasmikan dan menyampaikan hadiah / anugerah. Sambutan sangat meriah. Tahniah kepada pihak penganjur.

SMK Belara dapat DUA anugerah. Pihak sekolah dapat anugerah KESELAMATAN SEKOLAH dan PK HEM, dapat ANUGERAH KHAS PPD, KEPIMPINAN SEKOLAH MENENGAH KUALA TERENGGANU. tahniahlah pada diri sendiri ya!




Ahad, 21 Jun 2009

M3P DALAM KENANGAN

LAGU RASMI MAKTAB PERGURUAN PASIR PANJANG

Kalau siang sang suria terang
Guru jadi teman bergirang
Kalau malam tidak berbulan
guru jadi pemandu jalan

kalau semak hutan belukar
guru jadi perintis akar
kalau luas laut gelora
guru jadi bintang utara

Itulah sebabnya kami dilatih dengan sempurna
Supaya menjadi guru yang baik dan juga berguna
Kami semua pelajar
berjanji akan rajin dan usaha
tidak membuang masa
belajar dengan penuh tenaga

kami akan amalkan
segala tunjuk dan pengajaran
Maktab latihan guru, Pasir Panjang Terengganu
tempat kami berlatih dengan jiwa bersih
kami akan bertugas
jadi pendidik bangsa
dengan tulus ikhlas
menunai kewajipan mulia

Catatan: Saya bertugas di M3P mulai 16 September 1986 hingga Disember 1998 (M3P berpindah ke Besut). Saya cuti belajar mulai Julai 1993 - Jun 1997. Kepada bekas pelajar bolehlah hubungi saya untuk merapatkan silatul rahim. Buatlah perjumpaan. Boleh saya pergi.
Jadilah guru yang baik dan berkesan.

SELAMAT HARI GURU




SELAMAT HARI GURU. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.


Tahniah. SMK Belara menerima ANUGERAH PENGURUSAN DISIPLIN MURID CEMERLANG semasa perayaan HARI GURU peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Kemaman pada 28 Mei, 2009.


Pengetua, PK HEM dan guru disiplin SMK Belara bergambar bersama Menteri Besar, YB Exco Pelajaran, Pengarah Pelajaran Terengganu selepas menerima anugerah tersebut.

Hadiah sumbangan Kerajaan Negeri Terengganu sebanyak RM10,000.00.



Isnin, 18 Mei 2009

KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU

Kepimpinan Transformasi pendidikan ialah proses mempengaruhi kakitangan melaksanakan tugasan mereka melebihi sasaran yang ditetapkan. Ianya dilakukan dengan meningkatkan kesedaran diri sehingga mereka sanggup mengenepikan kepentingan diri serta mengubah tahap kehendak mereka bagi mencapai matlamat sekolah.

Pemimpin Transformasi juga menggerakkan tahap motivasi dan kematangan kakitangan di samping memaksimakan penggunaan potensi kerja guru. Pemimpin dan pengikut menjalinkan hubungan yang jitu dan bersepadu sehingga pemimpin dan pengikut saling menginkatkan motivasi dan moral.

AMALAN GURU KEPIMPINAN TRANSFORMASI

  1. Merangsang pembentukan dan menzahirkan wawasan.
  2. Keterampilan peribadi
  3. Jangkaan dan keyakinan yang tinggi pada pelajar.
  4. Menjana permaufakatan.
  5. Merangsang intelek dalam organisasi.
  6. Keprihatinan individu.
  7. Ganjaran kontigensi.

MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA BANGSA-BANGSA BERJAYA

BANGSA YAHUDI

BANGSA YAHUDI merupakan bangsa yang wujud dalam tamadun manusia. Bangsa Yahudi terkenal dengan bangsa yang kufur dan enggan patuh kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

SIKAP BANGSA YAHUDI
  1. BEKERJA KUAT
  2. GHAIRAH MENCIPTA KEMAJUAN
  3. MEMPERCAYAI BAHAWA MEREKA ADALAH BANGSA YANG TERBAIK
  4. SIKAP SALING MEMBANTU ANTARA YAHUDI
  5. BERSIKAP SKEPTIKAL TERHADAP IDEA-IDEA KONVENSIONAL
  6. BERPEGANG KEPADA "HEADWORK" BERBANDING "HANDWORK"

Rabu, 4 Mac 2009

Bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik

Hasil kajian yang dijalankan oleh Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2007 :

  1. Skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada tahun 2003 dan 519 pada tahun 1999. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada tahun 2007 daripada 510 mata pada tahun 2003 dan 492 pada 1999.
  2. Kemerosotan pencapaian pelajar Malaysia ini adalah yang paling terbesar dikalangan 59 buah negara yang terlibat dalam kajian in.
  3. Secara perbandingan dengan negara-negara lain, peratus pelajar Malaysia yang mengalami kemersostan pencapaian sains dan matematik sangat tinggi.

Ulasan oleh Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2007 :

  1. Pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa keluarga / bahasa ibunda (home language) pencapaian mereka lebih tinggi dalam ujian TIMSS berbanding dengan pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bukan bahasa ibunda / bahasa kedua / bahasa asing.
  2. Wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam prstasi subjek berkenaan.
  3. Kemahiran kognitif (berfikir) berkembang melalui bahasa pertama.
  4. Apabila pelajar cuba belajar matematik dan sains dalam bahasa kedua, mereka akan menggunakan kemahiran kognitif akademik yang rendah, iaitu pelajar sukar mempelajarinya.
  5. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya menggunakan bahasa ibunda dalam pelajaran sains dan matematik di sekolah seperti di Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi.

Berdasarkan kajian in Unesco mencadangkan:

  1. Bahasa Ibunda digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah bagi mengukuhkan kefahaman konsep kepada pelajaran.

Semua negara dalam Kesatuan Eropah menerima dasar untuk mengajar mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa ibnda.

Di Malaysia, pada tahun 2003, hasil kajian TIMSS 2003 mendapati pencapaian pelajar dalam matematik dan sains adalah sangat baik dan membanggakan. Sampel pelajar-pelajar pada tahun 2003 belum terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Rumusan yang diberikan adalah pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu memudahkan kebanyakan pelajar memahami / mempelajari matematik dan sains.

AMINUDDIN BAKI



Aminuddin Baki (6Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. //

Kehidupan awal


Dilahirkan di sebuah kampung di Chemor, Perak, Aminuddin Baki memulakan pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Chemor pada tahun 1932. Selepas lulus peperiksaan darjah lima pada tahun 1936, beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson yang merupakan sekolah Inggeris yang terbaik di Ipoh ketika itu. Beliau tamat persekolahan menengahnya pada tahun 1941.

Pada sekitar tahun 1945, Aminuddin Baki mula menunjukkan minat dalam persatuan pelajar. Beliau berasa amat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Institusi Victoria, Kuala Lumpur, walaupun persatuan itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudian bertukar nama kepada Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu pada 11 Februari 1946, dengan tujuan menyatukan semua persatuan pelajar di Tanah Melayu. Aminuddin Baki dilantik sebagai setiausaha dan kemudian, menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) di Perak pada April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada Oktober 1947, Aminuddin diterima sebagai pelajar di Kolej Raffles, kini merupakan sebahagian Universiti Nasional Singapura sejak 8 Oktober 1949.

Pada masa ini, UMNO yang telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union menggalakkan pemimpin-pemimpin persatuan pelajar untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh itu, Aminuddin Baki dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948.

Walau bagaimanapun pada tahun 1949, Aminuddin Baki terpaksa menghentikan kegiatan persatuan pelajarnya kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. Pada ketika itu, beliau hanya mengikuti perkembangan persatuan dari jauh. Semasa di universiti, Aminuddin Baki berminat mengajar dan untuk menimba pengalaman, beliau mendaftar sebagai guru sambilan di Sekolah Malam Anglo-Melayu. Beliau mengajar di sekolah itu dari tahun 1949 hingga 1951. Pada tahun 1950, beliau bergiat aktif semula dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan itu. Dalam tahun yang sama, beliau lulus peperiksaan Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dengan Kepujian.

Kerjaya
Selepas menamatkan pelajarannya pada tahun 1951, Aminuddin Baki kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah untuk sementara waktu dan kemudian, berkhidmat di Sekolah Anderson hingga Julai 1952. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London dengan Biasiswa Ratu dan meninggalkan Pulau Pinang menaiki kapal pada 12 Julai 1952. Aminuddin Baki memperoleh Ijazah Sarjana Kaedah-kaedah dalam bidang pendidikan pada bulan Julai 1953.

Selepas pulang ke tanah air, beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Beliau memperkenalkan Sejarah Islam kepada pelajar tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran. Pada bulan September 1955, Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960, beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Abdul Rahman Talib.

Ketia berusia 36 tahun, Aminuddin Baki dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor, dan pada tahun yang sama menjadi Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan). Pada masa yang sama, beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau juga mewujudkan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Aminuddin menubuhkan Lembaga Peperiksaan Malaysia pada tahun 1963.
Aminuddin Baki meninggal dunia pada tahun 1965 ketika berusia 39 tahun kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan sembahyang.





Selasa, 3 Mac 2009

Anjakan Bahasa Patah Balik (Anjakan BPB)

Istilah Anjakan Bahasa Patah Balik ialah terjemahan bagi reversing language shift (RLS), yang mula-mula sekali diperkenalkan oleh Joshua A. Fishman. Anjakan Bahasa Patah Balik ini merujuk kepada gejala kembali semula kepada bahasa yang pernah ditinggalkan. Gejala ini berlaku apabila seseorang penutur atau sesuatu komuniti bahasa yang bertutut bahasa A, beranjak kepada B, dan kembali semula kepada bahasa A.

Proses anjakan BPB ini mulai kelihatan pada komuniti-komuniti Melayu di Australia Barat dan Asutralia Timur. Ini berlaku apabila ibu bapa melihat anak-anak mereka sudah tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu, walaupun di dalam lingkungan keluarga. Sungguhpun mereka inginkan kejayaan hidup pada masa depan bagi anak cucu mereka, tetapi pada masa yang sama mereka khuatir melihat identiti Melayu keturunan mereka akan hilang. Maka mulailah mereka mengajar bahasa Melayu kepada anak cucu mereka melalui kelas-kelas yang mereka sendiri kendalikan.

Kesedaran supaya anak cucu diberi pelajaran bahasa Melayu yang lebih daripada apa yang di dapati di sekolah-sekolah, supaya akhirnya anak cucu dapat menggunakan bahasa Melayu semula sebagai orang Melayu.

Daripada apa yang sedang berlaku di Asutralia Barat dan Australia Timur, dapatlah diramalkan bahawa anjakan BPB tidak akan berlaku sepenuhnya, kerana matlamat program ini hanyalah untuk membolehkan orang Melayu di Australia tidak kehilangan warisan bahasanya.

Mungkinkah pada masa akan datang orang-orang Melayu di Malaysia akan mengadakan program Anjakan Bahasa Patah Balik kepada anak cucu mereka kerana sudah ada kenampakan unsur-unsur mengutamakan bahasa Inggeris dalam pengajaran di sekolah-sekolah?