- Skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor Matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada tahun 2003 dan 519 pada tahun 1999. Skor Sains pula merosot kepada 471 mata pada tahun 2007 daripada 510 mata pada tahun 2003 dan 492 pada 1999.
- Kemerosotan pencapaian pelajar Malaysia ini adalah yang paling terbesar dikalangan 59 buah negara yang terlibat dalam kajian in.
- Secara perbandingan dengan negara-negara lain, peratus pelajar Malaysia yang mengalami kemersostan pencapaian sains dan matematik sangat tinggi.
Ulasan oleh Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2007 :
- Pelajar yang belajar sains dan matematik dalam bahasa keluarga / bahasa ibunda (home language) pencapaian mereka lebih tinggi dalam ujian TIMSS berbanding dengan pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bukan bahasa ibunda / bahasa kedua / bahasa asing.
- Wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam prstasi subjek berkenaan.
- Kemahiran kognitif (berfikir) berkembang melalui bahasa pertama.
- Apabila pelajar cuba belajar matematik dan sains dalam bahasa kedua, mereka akan menggunakan kemahiran kognitif akademik yang rendah, iaitu pelajar sukar mempelajarinya.
- Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya menggunakan bahasa ibunda dalam pelajaran sains dan matematik di sekolah seperti di Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi.
Berdasarkan kajian in Unesco mencadangkan:
- Bahasa Ibunda digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah bagi mengukuhkan kefahaman konsep kepada pelajaran.
Semua negara dalam Kesatuan Eropah menerima dasar untuk mengajar mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa ibnda.
Di Malaysia, pada tahun 2003, hasil kajian TIMSS 2003 mendapati pencapaian pelajar dalam matematik dan sains adalah sangat baik dan membanggakan. Sampel pelajar-pelajar pada tahun 2003 belum terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Rumusan yang diberikan adalah pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu memudahkan kebanyakan pelajar memahami / mempelajari matematik dan sains.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan