Isnin, 18 Mei 2009

KEPIMPINAN TRANSFORMASI GURU

Kepimpinan Transformasi pendidikan ialah proses mempengaruhi kakitangan melaksanakan tugasan mereka melebihi sasaran yang ditetapkan. Ianya dilakukan dengan meningkatkan kesedaran diri sehingga mereka sanggup mengenepikan kepentingan diri serta mengubah tahap kehendak mereka bagi mencapai matlamat sekolah.

Pemimpin Transformasi juga menggerakkan tahap motivasi dan kematangan kakitangan di samping memaksimakan penggunaan potensi kerja guru. Pemimpin dan pengikut menjalinkan hubungan yang jitu dan bersepadu sehingga pemimpin dan pengikut saling menginkatkan motivasi dan moral.

AMALAN GURU KEPIMPINAN TRANSFORMASI

  1. Merangsang pembentukan dan menzahirkan wawasan.
  2. Keterampilan peribadi
  3. Jangkaan dan keyakinan yang tinggi pada pelajar.
  4. Menjana permaufakatan.
  5. Merangsang intelek dalam organisasi.
  6. Keprihatinan individu.
  7. Ganjaran kontigensi.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kepimpinan transformasi adalah satu corak kepimpinan yang merangsang potensi diri modal insan untuk mencapai matlamat kerja. Corak kepimpinan ini juga mempunyai matlamat kerja sama dengan corak kepimpinan transaksi tetapi mempunyai perbezaan yang jelas dari segi cara merangsang modal insan