Rabu, 10 Disember 2008

PARLIMEN KUALA TERENGGANU

PERINGATAN KEPADA SAHABAT-SAHABAT:
  1. JANGAN terlalu selesa dengan laporan media arus perdana.
  2. Semua media arus perdana melaporkan tentang kemenangan yang mudah, WALAUBAGAIMANAPUN jangan ambil mudah.
  3. Semua pemimpin Negeri dan Pusat akan melaporkan dan menyatakan tentang keyakinan untuk mencapai kemenangan, WALAUBAGAIMANAPUN jangan terlalu yakin sehingga lupa untuk terus berkerja keras.
  4. Tempuan hendaklah diberikan kepada sasaran sebenar, iaitu pengundi. Kenal pasti pengundi berdasarkan daftar pemilih.
  5. Pengundi Parlimen Kuala Terengganu agak unik. Jangan lupa sejarah Kerusi ini. Kerusi ini pernah diduduki oleh Parti Perikatan, Parti Semangat 46, Parti PAS.
  6. Elakkan pemberian / rasuah politik.
  7. Elakkan persengketaan sesama sendiri.
  8. Kerja Keras. Insya Allah berjaya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Begitulah kalau nak menang. Bolehkah orang UMNO laksanakannya? Kita dah selesa benar selama ini, kini baru tahu bila dah ada suara-suara sumbang untuk mengetok kepala kita.