Jumaat, 14 November 2008

UPSR 2008: TERENGGANU TERUS CEMERLANG



Tahniah Kepada Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan seluruh warga pendidik Negeri Terengganu.

TERIMA KASIH CIKGU.

Kuala Terengganu: Murid-murid negeri Terengganu terus menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam keputusan UPSR 2008. Seramai 3,408 orang murid daripada 24,139 orang murid mendapat keputusan SEMUA A (5A) atau 14.4%. Walaupun peratusan menurun berbanding dengan tahun yang lalu, Terengganu masih terunggul dalam pencapaian 5A. Keputusan ini boleh dikatakan sangat membanggakan.

Murid-murid UPSR tahun ini adalah merupakan generasi pertama yang mengikuti Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan pada tahun 2003. Kejayaan ini mengambarkan bahawa anak-anak Terengganu BOLEH.

Seorang murid istimewa, Muhammad Danial Zainuddin, 13 dari SK Padang Hiliran, Kuala Terengganu telah memperolehi keputusan cemerlang 5A.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada semua warga pendidik di negeri Terengganu terutamanya cikgu-cikgu di sekolah rendah yang bertugkus lumus mendidik murid-murid untuk mencapai kecemerlangan. TAHNIAH