Rabu, 19 Mei 2010
Isnin, 3 Mei 2010
SEKOLAH SEBAGAI 'MINI NEGARA'
Dalam usaha membentuk warganegara yang dihasratkan, murid-murid sekarang perlu diberi peluang untuk memainkan peranan sebagai warganegara semasa di sekolah. Sekolah boleh dijadikan 'negara' untuk murid-murid memainkan peranan sebagai warganegara yang baik. Sebagai warganegara, individu perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang serta dapat menyumbangkan bakti dan taat setia kepada negara.
Sekolah bertanggungjawab melahirkan warganegara untuk masa hadapan. Untuk itu sekolah perlu memainkan peranan sebagai sebuah 'negara'. Sistem dan jentera pentadbiran sekolah adalah mirip kepada pentadbiran sesebuah negara. Pentadbiran sekolah perlu efektif dan berkesan. Semua kementerian yang ada dalam sistem pentadbiran negara perlu ada dalam pentadbiran sekolah.
Sekolah perlu diurus dan ditadbir sebagaimana mentadbir sebuah negara, yang membezakannya adalah pentadbiran sekolah wujud dalam skala yang kecil dan 'warganegara' sekolah berusia muda.
Ciri-ciri sebuah negara yang boleh menjadikan sekolah sebagai sebuah 'negara'

- Mempunyai wilayah dan batas sempadan.
- Mempunyai 'warganegara' yang taat setia kepada 'negara'.
- Mempunyai bendera dan jata sebagai lambang kedaulatan.
- Mempunyai 'lagu kebangsaan yang perlu dihormati.
- Mempunyai peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi.
- Mempunyai jentera pengerak.
- Mempunyai sistem kawalan keselamatan dan penguatkuasaan.
- Mempunyai pemimpin dan rakyat.
- Mempunyai struktur organisasi pentradiran.
- Mempunyai masyarakat yang berbudaya.
Isnin, 12 April 2010
ADAT BERGURU
- Apabila bertemu guru dahulukan dengan ucapan salam.
- Tidak banyak bercakap di hadapan guru.
- Tidak bercakap kecuali dengan keizinan guru.
- Bertanya apabila diizinkan oleh guru.
- Elakkan dari membantah pendapat guru kecuali dibenarkan.
- Elakkan memberi sebarang petanda dia (pelajar) lebih tahu dari guru kerana ia kurang sopan dan kurang berkat.
- Jangan berbisik-bisik dengan kawan semasa guru mengajar.
- Jangan berbisik-bisik ke kiri dan ke kanan dengan tiada sebab yang dizinkan guru.
- Elakkan diri dari banyak bertanya.
- Berdiri apabila guru masuk kelas atau guru datang menghampiri.
- Jangan ada sifat buruk sangka kepada guru.
Imam Al-Ghazali, Ihya Ulumuddin.
KURSUS PENGURUSAN HEM
Jumaat, 5 Februari 2010
KENANGAN SILAM - MPPP 1980/90 an
Mula bertugas di MPPP pada tahun 1986. Subjek utama ialah Teknologi Pendidikan. Dalam TP, antara tajuk yang disampaikan ialah ICT. Masa tu, program yang digunakan ialah Wordstar, Lotus, dbase. Masa tu microsoft belum ada lagi. Komputer pun mahal ketika tu. Nak guna wordstar kena ingat banyak 'key'. kita mesti gunakan dua kekunci untuk memberi arahan, kadang-kadang terpaksa gunakan tiga kekunci serentak. Masa nak buat webside, pelbagai kod mesti digunakan. setiap huruf, warna dan lain-lain mesti gunakan kod yang tersendiri. Sekarang ni sangat mudah. taip je - jadi. sebelum guna komputer, mesti masuk desket dos dulu, barulah boleh masukkan program yang nak digunakan. disket ketika tu, besar. dua keping disket sama besar dengar kertas A4.
Rabu, 20 Januari 2010
Langgan:
Catatan (Atom)