Isnin, 12 April 2010

ADAT BERGURU

  1. Apabila bertemu guru dahulukan dengan ucapan salam.
  2. Tidak banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Tidak bercakap kecuali dengan keizinan guru.
  4. Bertanya apabila diizinkan oleh guru.
  5. Elakkan dari membantah pendapat guru kecuali dibenarkan.
  6. Elakkan memberi sebarang petanda dia (pelajar) lebih tahu dari guru kerana ia kurang sopan dan kurang berkat.
  7. Jangan berbisik-bisik dengan kawan semasa guru mengajar.
  8. Jangan berbisik-bisik ke kiri dan ke kanan dengan tiada sebab yang dizinkan guru.
  9. Elakkan diri dari banyak bertanya.
  10. Berdiri apabila guru masuk kelas atau guru datang menghampiri.
  11. Jangan ada sifat buruk sangka kepada guru.

Imam Al-Ghazali, Ihya Ulumuddin.

KURSUS PENGURUSAN HEM

Perkara yang dibincangkan dalam Kursus Pengurusan Hal Ehwal Murid:
  1. Pengurusan Kebajikan Pelajar.
  2. Pengurusan Perundangan dalam Pengurusan HEM
  3. Teras Pengurusan HEM
  4. Pengurusan Disiplin Murid
  5. Pengurusan ICT
  6. Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling


Jumaat, 5 Februari 2010

KENANGAN SILAM - MPPP 1980/90 an

1986
Mula bertugas di MPPP pada tahun 1986. Subjek utama ialah Teknologi Pendidikan. Dalam TP, antara tajuk yang disampaikan ialah ICT. Masa tu, program yang digunakan ialah Wordstar, Lotus, dbase. Masa tu microsoft belum ada lagi. Komputer pun mahal ketika tu. Nak guna wordstar kena ingat banyak 'key'. kita mesti gunakan dua kekunci untuk memberi arahan, kadang-kadang terpaksa gunakan tiga kekunci serentak. Masa nak buat webside, pelbagai kod mesti digunakan. setiap huruf, warna dan lain-lain mesti gunakan kod yang tersendiri. Sekarang ni sangat mudah. taip je - jadi. sebelum guna komputer, mesti masuk desket dos dulu, barulah boleh masukkan program yang nak digunakan. disket ketika tu, besar. dua keping disket sama besar dengar kertas A4.
BERKAYAK DI SUNGAI TERENGGANU

Ekspidisi Matahari - Program bersama UPM Cawangan Tgerengganu.





Pensyarah MPPP 1990.






Rabu, 20 Januari 2010

Cikgu SMK Belara

PASUKAN PENGURUSAN

Ramainya cikgu.


Selasa, 29 Disember 2009

TINGKAT PERUBAHAN

GURU

Mudarris.
Mu’allim
Muaddib
Murabbi
Mursyid


TINGKAT NAFSU
—Ammarah
—Lawwamah
—Mulhamah
—Mutmainnah
—Radhiah
—Mardhiah
—Kamilah


LAPISAN SYURGA
—Syurga Firdaus
—Syurga ‘Adnin
—Syurga Na’im
—Syurga Ma’wa
—Syurga Darussalam
—Syurga Darul Muqamah
—Syurga Al-Maqamul Amin
—Syurga Khuldi


MAQAM KEMULIAAN

— Maqam Mahmud
—Maqam Karim
—Maqam Amin
—Maqam Al-Muqarrabun
—Maqam Mukramun
—Maqam Mardhiah
—Maqam Aulia Allah

Khamis, 17 Disember 2009

BAJET 2010: SATU PENGAJARAN

Setelah bersidang dua bulan, selepas PM membentangkan Badjet 2010, maka sampailah masanya untuk Bajet 2010 diluluskan untuk bacaan kali ketiga. Bacaan kali kedua telah dibentangkan sendiri oleh Menteri Kewangan yang juga PM dengan panjang lebar. Perbahasan dan perbincangan serta penjelasan dan pengulungan telah dilakukan.

BN agak bernasib baik (nak katakan bernasib malangpun boleh juga) kerana telah berjaya meluluskan Bajet 2010 dengan undian 66:63. BN menang TIGA undi dalam meluluskan perkara yang paling penting yang ahli parlimen mesti selesaikan. Bolehlah nak ucapkan Tahniah, tapi TAKZIAH lebih tepat.

Untuk catatan ahli parlimen BN 137 org. PR 82 org dan 3 bebas.

Ini bermakna tak sampai 50% ahli parlimen BN menghadiri sidang ketika undian dijalankan. PM telah berulang kali menasihatkan wakil rakyat BN agar sentiasa menghadiri sidang. Kemana perginya Timbalan Menteri / menteri / wakil rakyat yang lain? Jgn hendaknya kita salahkan pembangkang kerana tidak menyokong bajet tersebut.

Apakah implikasi jika Bajet tidak diluluskan. Duit negara tak dapat dibelanjakan. Pembangunan yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Gaji kakitangan awam juga tak dapat dibayar. Elaun wakil rakyat juga tak dapat dijelaskan.

Berdasarkan konvensyen negara berparlimen, sekiranya bajet tidak dapat diluluskan, kerajaan terpaksa dibubarkan dan satu pilihanraya umum perlu diadakan.

Adalah diharapkan peristwa ini menjadi pengajaran kepada semua ahli parlimen.

Selasa, 15 Disember 2009

MAJU BANGSA MAJULAH BAHASA

Tajuk yang dikemukakan ini adalah merupakan tajuk yang telah lama diperkatakan. Mungkin sejak mula-mula negara mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat selepas kemerdekaan tanah air kita. Pelbagai istilah telah dicipta dan digunakan. Bahasa Melayu telah dinobatkan sebagai bahasa ilmu. Kemuncak dari kepesatan itu, ditubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). UKM dapat menyampaikan semua ilmu dalam Bahasa Melayu dari peringkat sarjana muda hinggalah ke peringkat Phd.

Perkembangan BM mula menampakkan pengucupan apabila dasar PPSMI dilaksanakan. Satu dasar yang sangat mengejutkan ahli bahasa. Bantahan telah dibuat. Walaubagaimanapun dasar itu tetap dilaksanakan. Usaha-usaha DBP selama ini seolah-olah sia-sia sahaja.

Apabila dasar itu hendak dimansuhkan. Ahli bahasa nampak berseri semula. Terasa lambatnya menanti dasar PPSMI hendak dihapuskan terus. Dengar khabarnya pada th. 2012. Itupun tidak menyeluruh. Th 2012 baru pelajar-pelajar th satu mula menggunakan BM sebagai bahasa ilmu. Murid-murid lain tetap mengikut dasar PPSMI. Adalah menjadi harapan kita agar dasar MBMMBI dilaksanakan dengan segera. Jika boleh 2010 perlu dijalankan. Sebarang halangan kita sama-sama selesaikan.

Penghapusan dasar PPSMI ini sangat penting kerana, kemajuan bahasa bergantung pada kemajuan bangsa. Bangsa Melayu perlu maju dengan menggunakan bahasa sendiri. Bahasa Melayu telah menjadi bahasa Ilmu, lingua franca dan bahasa Melayu juga adalah merupakan bahasa yang digunakan dalam persidangan PBB. Cuma pemimpin negara kita je tak berapa nak guna Bahasa sendiri semasa persidangan di PBB. Tak semua pemimpin dunia juga menghadiri persidangan PBB faham bahasa Inggeris. Kita gunalah bahasa sendiri.

Kalau bukan kita, siapa yang akan memartabatkan bahasa kita?
BAHASA JIWA BANGSA.