Rabu, 19 Mei 2010

PhotoFunia




Mari belajar 'PhotoFunia'

Untuk mencuba sila layari:

http://www.photofunia.com









Isnin, 3 Mei 2010

SEKOLAH SEBAGAI 'MINI NEGARA'

Dalam usaha membentuk warganegara yang dihasratkan, murid-murid sekarang perlu diberi peluang untuk memainkan peranan sebagai warganegara semasa di sekolah. Sekolah boleh dijadikan 'negara' untuk murid-murid memainkan peranan sebagai warganegara yang baik. Sebagai warganegara, individu perlulah mematuhi peraturan dan undang-undang serta dapat menyumbangkan bakti dan taat setia kepada negara.

Sekolah bertanggungjawab melahirkan warganegara untuk masa hadapan. Untuk itu sekolah perlu memainkan peranan sebagai sebuah 'negara'. Sistem dan jentera pentadbiran sekolah adalah mirip kepada pentadbiran sesebuah negara. Pentadbiran sekolah perlu efektif dan berkesan. Semua kementerian yang ada dalam sistem pentadbiran negara perlu ada dalam pentadbiran sekolah.

Sekolah perlu diurus dan ditadbir sebagaimana mentadbir sebuah negara, yang membezakannya adalah pentadbiran sekolah wujud dalam skala yang kecil dan 'warganegara' sekolah berusia muda.

Ciri-ciri sebuah negara yang boleh menjadikan sekolah sebagai sebuah 'negara'

  1. Mempunyai wilayah dan batas sempadan.
  2. Mempunyai 'warganegara' yang taat setia kepada 'negara'.
  3. Mempunyai bendera dan jata sebagai lambang kedaulatan.
  4. Mempunyai 'lagu kebangsaan yang perlu dihormati.
  5. Mempunyai peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi.
  6. Mempunyai jentera pengerak.
  7. Mempunyai sistem kawalan keselamatan dan penguatkuasaan.
  8. Mempunyai pemimpin dan rakyat.
  9. Mempunyai struktur organisasi pentradiran.
  10. Mempunyai masyarakat yang berbudaya.